| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Hari Sukan Negara  Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor Tahun 2018

Pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) bertempat di PRP Kem Mahkota Kluang Johor telah diadakan Program Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor. Aktiviti sukan yang diadakan seperti Senamrobik, berjalan 1000 langkah, pertandingan Street Soccer,  Pantaque dan Dam Haji.

Program ini telah di sempurnakan oleh PKK Hjh Raha bt. Jawahir Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor. Turut hadir PP Norulekhsan b. Abd Rahim Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor dan Major Mohd Fauzee b. Zaini Ketua Penempatan PRP Kem Mahkota Kluang, Johor. Peserta Program 8 pegawai kanan,  25 pegawai  lain-lain pangkat, 20 Pembantu Wader (ATM), 16 ODS dan  8 ODP.


""